Sabtu, 23 Julai 2016

                                 CINTA ITU TINGGI MAHARNYA


   

CINTA..manusia memang tak boleh dipisahkan dengan fitrah untuk mencintai dan dicintai.namun sejauh mana harga cinta kita pada seseorang itu?apakah kita meletakkan nilai cinta itu untuk sementara atau selamanya.apa cinta yang kita rasa itu cinta sejati atau cinta yang dilapisi nafsu?
Perasaan ini boleh saja berlaku apabila diri kita mulai menyukai tanpa mengawal perasaan itu dan lama kelamaan boleh bercambah menjadi dusta.
Cinta diatas dunia hanya boleh kita klasifikasikan kepada tiga keadaan dalam memahami erti cinta.Cinta yang pertana mungkin kita tak sedar ianya datang daripada syaitan dengan permulaan kamu berkenlan,saling pandang memandang,lalu tanpa kamu dapat berfikir dengan iman terus buat maksiat dan itulah cinta yang penuh dengan penipuan.
Cinta yang kedua pula boleh diibaratkan dari jin karana apa?kerana pada saat pertemuan dan saling pandang memandang akan ada seorang sahaja menyukai dan seorang lagi tidak menyukai lalu kamu tidak dapat menerima dan bomohkan dia secara ghaibnya lalu dia sukakan kamu diluar kesedarannya itulah jodoh yang datangnya dari jin.
DAN..jodoh yang ketiga ialah anugerah daripada ALLAH..mengapa?kerana jodoh dari ALLAH adalah apabila kamu bertemu,pandang sekali lalu terus tundukkan pandangan,sama sama suka lalu terus kamu akhiri dengan ikatan halal seperti agungnya cinta KHADIJAH pada RASULULLAH dan itulah yang dikatakan jodoh yang terbaik buat sepanjang hidup ini.
Oleh itu,kepada remaja yang belum tahu apa itu cinta tak usahlah hendak cuba mencarinya bila belum tiba masanya kerana kita sebagai perempuan nilai diri kita amat mahal dan sentiasalah rasa yang diri kita ini sungguh mahal dan yang mampu saja yang bisa membeli kita dengan cintanya yang tinggi pada ALLAH.
Cintailah apa yang berada didepan kita dahulu iaitu ibu dan ayah kita daripada sibuk mengejar yang belum tentu milik kita..

Jumaat, 12 Februari 2016

Bab 2


Erenna sedang mengemas bilik stor di tepi bilik basuhan rumahnya.Kebetulan ibunya, Puan Umairah tiada dirumah ketika itu kerana keluar bersama Puan Zaitun kepasar.
Erenna memang begitu perangainya, kalau dia tak bekerja memang dia akan tolong kemas apa yang patut.

Kuatnya habuk, dengus Erenna apabila disapu sahaja debu yang berada diatas rak buku ditepi bilik stor dibelakang pintu itu.
Memang dah berkurun kurun tak kemas ni, haishhhhh tak boleh jadi ni.bebel Erenna seorang diri.
Erenna memulakan tugasnya dengan menyusun terlebih dahulu kotak kotak lama yang berselerak diatas lantai, lalu dikutip satu persatu dan disusun kembali diatas rak buku ketiga.
Selepas bertungkus lumus mengerah tenaga hampir sejam lamanya membersihkan stor yang maha berdebu tu, akhirnya Erenna mengalah dan terduduk diatas kerusi kerana keletihan yang teramat sangat.
Fuhhhhh ada lar separuh nyawa aku ni nak melayang, keluh Erenna seorang diri.
Sedang Erennna memerhati kawasan persekitaran bilik stor itu, Erenna sendiri tak tahu kenapa tiba tiba hari itu mata dia jadi tajam sikit bila dia ternampak sebuku album diatas rak yang paling atas sekali, bewarna merah itu menarik minatnya.
Erenna menarik album itu dengan berhati hati agar tidak terjatuh barang yang lain.


Diselaknya satu persatu gambar dalam album itu.
Seketika mata Erenna terpaku apabila mata dia menangkap wajah ibunya disamping seorang lelaki yang amat elok parasnya sehingga sukar dia hendak gambarkan rupa lelaki yang dilihatnya.
Mesranya ibu dengan dia, bisik Erenna perlahan.
Tapi kejap.., siapa pulak perempuan ini???soal Erenna apabila sekali lagi matanya menangkap wajah lelaki yang sama didalam album itu bersama seorang wanita yang berlainan dan yang Erenna pasti wanita itu bukan ibunya.
Sudah, siapa pulak ini??soal hati Erenna menggesa ingin tahu.

Asalamualaikum, laung Puan Umairah dari luar rumah sekaligus mematikan lamunan Erenna yang sedang mencari jawapan disebalik rahsia yang dia sendiri tidak tahu kecuali Puan Umairah.
Terkejut Erenna mendengar suara ibunya memberi salam namun pada masa yang sama masih sempat mulutnya menjawab salam, waalaikumusalam jawab Erenna.

Erenna pergi mana?soal Puan Umairah apabila Erenna lambat menjawab salamnya.
Sorry ibu, Erenna kemas bilik stor tadi tu yang tak dengar mana ibu bagi salam tu, jawab Erenna apabila disoal Puan Umairah.
Berubah seketika riak muka Puan Umairah apabila mendengar penjelasan Erenna
Masa Erenna kemas stor tu, Erenna ada jumpa apa apa tak?soal Puan Umairah.
Hahhh sudah kenapa ibu soal macam tu pulak??apa maksud ibu??bisik hati kecil Erenna yang masih belum menjawab pertanyaan Puan Umairah.
Erenna, ibu tanya ni!sergah Puan Umairah kepada Erenna yang menggelamun sedang memikirkan jawapan.
Takda jumpa apa apa pun ibu, balas Erenna juga dalam  nada yang pantas.mungkin terkejut dengan pertanyaan Puan Umairah.
Arghhhh biarlah, dah aku jawab macam tu nak buat macam mana?mungkin itu jawapan yang terbaik buat masa ini.bicara Erenna dalam hati.
OOooo, takpe lar kalau macam tu, balas Puan Umairah yang agak sedikit lega apabila mendengar penjelasan Erenna.
Belum masanya lagi untuk mu tahu Erenna.
Nanti apabila waktunya tiba aku akan ceritakan satu persatu perkara pokoknya.monolog Puan Umairah dalam hati.
Oklah Erenna, ibu masuk dulu nak masak nanti malam ni kita makan special sikit, ujar Puan Umairah.
Ya ke ibu??bestnya!!!ujar Erenna bagaikan hendak melompat.
Hahhhh dah datang balik lar tu perangai budak dia tu, bebel Puan Umairah.
Dahlah ibu masuk dulu, ujar Puan Umairah sambil mencium dahinya sambil mengucapkan dalam bahasa filipina lagi, miss kita.
Haishhhh ni perkataan yang baru aku dengar daripada sebelumnya, ujar Erenna sendirian apabila Puan Umairah berlalu untuk masuk kedalam rumah.
Aku kena tahu apa maksud perkataan yang ibu selalu wish kat aku ni!tekad Erenna dalam hati.

Selasa, 9 Februari 2016

novel simpanan

                              Derita bukan milikku..

Sinopsis:

Persepsi orang ramai terhadap gadis lincah dan tabah,alia arianna sungguh bersanggah dengan erti hakikat kehidupannya.Tanpa mengetahui kisah sebenar yang terlakar disebalik kasih sayang yang dihampar oleh ibunya,erenna hanya tersenyum bahagia. 
Saat bahagia disamping ibunya yang sentiasa mencurahkan kasih sayang terhadapnya,erenna bingung apabila tanpa perkhabaran atau isyarat,tiba-tiba sahaja dia diculik dan dibawa pergi nun jauh ke filipina.
Dia sendiri bingung apa maksud semua ini dan kenapa ia berlaku,sedangkan dia hanyalah anak kepada seorang penjual nasi lemak yang baru meninjak ke usia 21 tahun.

Berada dinegara orang dan juga tinggal disamping orang yang tak pernah dia kenali,sungguh menakutkan bagi alia arianna.
Hendak bercakap pun susah kerana menggunakan bahasa yang berlainan.
Aduh,kenapalah aku diculik?dengan orang filipina pulak tu.dengus erenna.


Tanpa gadis itu sedar,ada satu perancangan yang direncanakan oleh seorang wanita.
Wanita kejam yang mengharapkan harta gadis itu akan jatuh ketangannya dengan menculik gadis itu yang bakal mengecapi kekayaan apabila genap angka 21tahun.

Berada dibumi filipina juga membuatkan hati kecil erenna jatuh hati pada tempat itu.
Perkenalan dengan lelaki yang juga merupakan tuan rumah dimana dia ditempatkan selepas diculik membuatkan dia melupakan tanah air buat sementara waktu.
Satu-satunya rahsia yang tersimpan kemas  dan rapat dalam pengetahuan Puan Umairah telah diceritakan satu persatu oleh perempuan kejam itu kepada erenna.
Kuatkah hati  dan jiwa erenna saat mendengar kebenaran yang keluar daripada bibir wanita durjana itu.

Akan ada lagikah maaf erenna buat seorang wanita yang selama ini berpura menyanyanginya sebagai seorang anak?
Apakah kasih erenna akan terbuka buat seorang lelaki yang hidupnya penuh dengan cinta gadis?

  • Semuanya akan terjawab dalam derita bukan miliku.