Bab 2
Erenna sedang mengemas bilik stor di tepi bilik basuhan rumahnya.Kebetulan ibunya, Puan Umairah tiada dirumah ketika itu kerana keluar bersama Puan Zaitun kepasar.
Erenna memang begitu perangainya, kalau dia tak bekerja memang dia akan tolong kemas apa yang patut.
Kuatnya habuk, dengus Erenna apabila disapu sahaja debu yang berada diatas rak buku ditepi bilik stor dibelakang pintu itu.
Memang dah berkurun kurun tak kemas ni, haishhhhh tak boleh jadi ni.bebel Erenna seorang diri.
Erenna memulakan tugasnya dengan menyusun terlebih dahulu kotak kotak lama yang berselerak diatas lantai, lalu dikutip satu persatu dan disusun kembali diatas rak buku ketiga.
Selepas bertungkus lumus mengerah tenaga hampir sejam lamanya membersihkan stor yang maha berdebu tu, akhirnya Erenna mengalah dan terduduk diatas kerusi kerana keletihan yang teramat sangat.
Fuhhhhh ada lar separuh nyawa aku ni nak melayang, keluh Erenna seorang diri.
Sedang Erennna memerhati kawasan persekitaran bilik stor itu, Erenna sendiri tak tahu kenapa tiba tiba hari itu mata dia jadi tajam sikit bila dia ternampak sebuku album diatas rak yang paling atas sekali, bewarna merah itu menarik minatnya.
Erenna menarik album itu dengan berhati hati agar tidak terjatuh barang yang lain.
Diselaknya satu persatu gambar dalam album itu.
Seketika mata Erenna terpaku apabila mata dia menangkap wajah ibunya disamping seorang lelaki yang amat elok parasnya sehingga sukar dia hendak gambarkan rupa lelaki yang dilihatnya.
Mesranya ibu dengan dia, bisik Erenna perlahan.
Tapi kejap.., siapa pulak perempuan ini???soal Erenna apabila sekali lagi matanya menangkap wajah lelaki yang sama didalam album itu bersama seorang wanita yang berlainan dan yang Erenna pasti wanita itu bukan ibunya.
Sudah, siapa pulak ini??soal hati Erenna menggesa ingin tahu.
Asalamualaikum, laung Puan Umairah dari luar rumah sekaligus mematikan lamunan Erenna yang sedang mencari jawapan disebalik rahsia yang dia sendiri tidak tahu kecuali Puan Umairah.
Terkejut Erenna mendengar suara ibunya memberi salam namun pada masa yang sama masih sempat mulutnya menjawab salam, waalaikumusalam jawab Erenna.
Erenna pergi mana?soal Puan Umairah apabila Erenna lambat menjawab salamnya.
Sorry ibu, Erenna kemas bilik stor tadi tu yang tak dengar mana ibu bagi salam tu, jawab Erenna apabila disoal Puan Umairah.
Berubah seketika riak muka Puan Umairah apabila mendengar penjelasan Erenna
Masa Erenna kemas stor tu, Erenna ada jumpa apa apa tak?soal Puan Umairah.
Hahhh sudah kenapa ibu soal macam tu pulak??apa maksud ibu??bisik hati kecil Erenna yang masih belum menjawab pertanyaan Puan Umairah.
Erenna, ibu tanya ni!sergah Puan Umairah kepada Erenna yang menggelamun sedang memikirkan jawapan.
Takda jumpa apa apa pun ibu, balas Erenna juga dalam nada yang pantas.mungkin terkejut dengan pertanyaan Puan Umairah.
Arghhhh biarlah, dah aku jawab macam tu nak buat macam mana?mungkin itu jawapan yang terbaik buat masa ini.bicara Erenna dalam hati.
OOooo, takpe lar kalau macam tu, balas Puan Umairah yang agak sedikit lega apabila mendengar penjelasan Erenna.
Belum masanya lagi untuk mu tahu Erenna.
Nanti apabila waktunya tiba aku akan ceritakan satu persatu perkara pokoknya.monolog Puan Umairah dalam hati.
Oklah Erenna, ibu masuk dulu nak masak nanti malam ni kita makan special sikit, ujar Puan Umairah.
Ya ke ibu??bestnya!!!ujar Erenna bagaikan hendak melompat.
Hahhhh dah datang balik lar tu perangai budak dia tu, bebel Puan Umairah.
Dahlah ibu masuk dulu, ujar Puan Umairah sambil mencium dahinya sambil mengucapkan dalam bahasa filipina lagi, miss kita.
Haishhhh ni perkataan yang baru aku dengar daripada sebelumnya, ujar Erenna sendirian apabila Puan Umairah berlalu untuk masuk kedalam rumah.
Aku kena tahu apa maksud perkataan yang ibu selalu wish kat aku ni!tekad Erenna dalam hati.