CINTA ITU TINGGI MAHARNYA
CINTA..manusia memang tak boleh dipisahkan dengan fitrah untuk mencintai dan dicintai.namun sejauh mana harga cinta kita pada seseorang itu?apakah kita meletakkan nilai cinta itu untuk sementara atau selamanya.apa cinta yang kita rasa itu cinta sejati atau cinta yang dilapisi nafsu?
Perasaan ini boleh saja berlaku apabila diri kita mulai menyukai tanpa mengawal perasaan itu dan lama kelamaan boleh bercambah menjadi dusta.
Cinta diatas dunia hanya boleh kita klasifikasikan kepada tiga keadaan dalam memahami erti cinta.Cinta yang pertana mungkin kita tak sedar ianya datang daripada syaitan dengan permulaan kamu berkenlan,saling pandang memandang,lalu tanpa kamu dapat berfikir dengan iman terus buat maksiat dan itulah cinta yang penuh dengan penipuan.
Cinta yang kedua pula boleh diibaratkan dari jin karana apa?kerana pada saat pertemuan dan saling pandang memandang akan ada seorang sahaja menyukai dan seorang lagi tidak menyukai lalu kamu tidak dapat menerima dan bomohkan dia secara ghaibnya lalu dia sukakan kamu diluar kesedarannya itulah jodoh yang datangnya dari jin.
DAN..jodoh yang ketiga ialah anugerah daripada ALLAH..mengapa?kerana jodoh dari ALLAH adalah apabila kamu bertemu,pandang sekali lalu terus tundukkan pandangan,sama sama suka lalu terus kamu akhiri dengan ikatan halal seperti agungnya cinta KHADIJAH pada RASULULLAH dan itulah yang dikatakan jodoh yang terbaik buat sepanjang hidup ini.
Oleh itu,kepada remaja yang belum tahu apa itu cinta tak usahlah hendak cuba mencarinya bila belum tiba masanya kerana kita sebagai perempuan nilai diri kita amat mahal dan sentiasalah rasa yang diri kita ini sungguh mahal dan yang mampu saja yang bisa membeli kita dengan cintanya yang tinggi pada ALLAH.
Cintailah apa yang berada didepan kita dahulu iaitu ibu dan ayah kita daripada sibuk mengejar yang belum tentu milik kita..